Monday 11 March 2013

nasihat Tun Dr Mahathir utk usahawan melayu

NASIHAT TUN DR MAHATHIR KEPADA USAHAWAN MELAYU

1.Melayu perlu belajar dari bawah.
Bangsa Melayu perlu belajar dari bawah sebelum masuk dunia perniagaan.BUkan sekadar ada wang dan membuka bisnes,namun perlu belajar dengan bekerja dalam bidang tertentu dan memahami selok belok dunia perniagaan .Contohnya jika mahu mmebuka retsoran,bekerja dan melihat situasi dunia perniagaan restoran dari pekerja mmebuat air,tukang masak,pelayan dan sebagainya.Pengalaman dan kemahiran akan membantu kita bila membuka perniagaan.

2.Modal efektif.
Melayu yang mahu berniaga perlu mempunyai modal efektif dan relevan.Contohnya jika mahu membuka bisnes bernilai RM100,000 perlu ada wang tunai RM300,000.RM100,000 untuk bisnes,bakinya untuk pengurusan dan modal menghadapi pelbagai masalah dalam perniagaan.Adalah salah hanya mempunyai RM100,000 jika mahu mmebuka bisnes bernilai RM100,000.

3.Berusaha bersungguh-sungguh.
Melayu perlu berusaha bersunguh-sungguh tanpa jemu.Usaha berterusan sama ada dalam promosi,pemasaran,produk dan sebagainya.Tanpa usaha keras,kejayaan tidak akan datang.

4.Bersabar dalam tempoh lama.
Melayu perlu belajar bersabar kerna bisnes perlukan masa panjang.Dr Mahathir berkata "Saya buka kedai roti dah 5 tahun tapi belum nampak untung...".Perniagaan perlukan masa panjang untuk berjaya,bukan sekelip mata.

5.Mengenai jenis perniagaan.
Melayu perlu mengenali jenis perniagaan dengan baik.Jika buka restoran ,tahu apa jenis masakan,cara promosi,cara menambahkan pelanggan dan sebagainya.

6.Rajin meninjau bisnes.
Melayu perlu rajin keluar dari pejabat dan meninjau dunia perniagaan sama ada produk,pekerja dan segalanya.Sikap Melayu yang hanya terperap dalam pejabat akan menyebabkan kegagalan.

7.Manfaatkan teknologi.
Melayu perlu manfaatkan segala teknologi seperti peralatan mesin moden,internet dan sebagainya.Ini akan membantu melahirkan produk berkualiti dan berjaya dalam pasaran.

8.Sentiasa tambahkan aset.
Melayu perlu sentiasa tambahkan aset seperti pembelian tanah,rumah kedai,emas dan sebagainya kerna harganya akan meningkat.Beliau mengatakan tanah di KL dibeli oleh Pavilion dengan harga RM7000 satu kaki.

9.Belajar dengan bangsa lain.
Melayu perlu belajar dengan bangsa lain.Jika di Malaysia Cina berjaya dalam bisnes,Melayu perlu belajar dengan mereka.Belajar dengan manusia berjaya akan membantu kita berjaya seperti mereka.

10.Ikhlas dalam perniagaan.
Melayu perlu ikhlas menjalankan bisnes,bukan hanya mencari kekayaan namun memanfaatkan kekayaan untuk kebaikan.

11.Menolak mitos.
Ramai Melayu menganggap Cina berjaya kerna menipu sedangkan ia mitos.Hakikatnya Cina berjaya kerna usaha keras dan gigih.Mereka datang ke Tanah Melayu tiada apa-apa dan kini menguasai ekonomi negara.
Beliau menyindir "Kalau ada yang anggap Cina kaya sebab menipu,buatlah!"

12.Mengamalkan peribadi mulia.
Usahawan Melayu perlu mengamalkan sikap positif dalam kehidupan seperti rajin,amanah,tidak menipu dan sebagainya.Setiap amalan baik perlu diterapkan jika mahu berjaya.Manusia yang menipu dan tidak amanah ,kejayaan bersifat sementara dan tidak kekal.

13.Menjauhkan sifat keji.
Melayu perlu menjauhkan sifat keji seperti suka berbohong,mungkir janji,tidak amanah,menjual harga terlampau tinggi,hasad dengki,menjatuhkan bisnes org lain dan sebagainya.Sikap keji adalah punca kebanyakan usahawan Melayu gagal dalam bisnes.

14.Jangan terlalu bergantung dengan tender kerajaan.
Melayu tidak boleh bergantung dengan tender kerajaan kerna kuota terhad dan jumlah usahawan yang ramai.Melayu sepatutnya mempunyai produk yang boleh berjaya di pasaran sama ada dalam dan luar negara.

15.Mempunyai network.
Melayu perlu mempunyai network agar saling bantu membantu sesama bangsa.Amalan ini telah diterapkan bangsa Cina dan mereka berjaya...

16.Membayar hutang dengan baik.
Melayu perlu membayar hutang dengan baik dan menguruskan perniagaan dengan betul.Hutang wajib dibayar walaupun satu sen.Ramai Melayu mengabaikan hutang dan ini menyusahkan pihak yang memberi pinjaman.Mereka yang tidak membayar hutang bukan sahaja menyusahkan dirinya sendiri,namun menyusahkan pihak lain.


"Jangan jadi puak kecil..tunggu di luar bandar.Apakah maknanya Tanah Melayu jika tak kuasai"

Nasihat beliau amat mendalam....

Monday 4 March 2013

kenapa wanita istimewa

KENAPA WANITA ISTIMEW,A~~

Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...."

Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap...

susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...chec k bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh. ..ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kaian lap je lah...

tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...

baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check. ..baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak. .telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle...

ternampak pulak beg g keje...emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...

Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."...."..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..."

masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang. ..pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni...

nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu. ..

bukak almari...emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang...

la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..

dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh. ..pokok aku dah nak mati ni ha..lu pa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar..

ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi.. ..ok dah ...

ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...

aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting..

ahh...boring. ..panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,. ..mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."...selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah....

So?....apa yang peliknya..??

Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu...

Hantarkan ke 5 WANITA yang anda rasa hebat...pasti anda disayangi kerana memahami mereka...well, women understand women better...

foward jugak kat lelaki-lelaki so mereka akan hargai emak, isteri, dan kawan 2 dengan lebih baik lagi...

Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah... setiap wanita adalah istemewa dengan cara mereka sendiri...

Kalau lelaki mengakui kebenaran ini....hormat dah hargailah mereka...untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari...

HIDUP UNTUK KAUM HAWA!!!

Sunday 3 March 2013

KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE............... yummy....


KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE............... yummy....

Assalamualaikum semua......

dah lama tak bersiaran di blog nie... terlalu busy sampai tak sempat nak mencoret ape ape nukilan utk tatapan semua...memasak tetap menjadi rutin harian ku.. bila hari2 memasak utk anak2 n suami... kadang2 dah tak tahu nak masak ape... pening jgk kan.............

rutin biasa hari ahad.. melawat anak2 sedara di MRSM Gerik... Fariz di Form 3 n Anis di Form 1....
kebetulan Anis boleh Outing, so pagi ambil n petang kena hntr balik ke asrama..............

bekalan utk diorg minggu nie.......... aida buat kek lapis cream cheese.. dah ramai tgk blogger2 lain yg buat kek ni... komen yg diberi sgt sedap... so aida try tgk cam mana.... cara nak buat simple ajer dan bahan2 pun tak banyak....




resepi ni aida ambil dr blog masam manis , mmg cantik blog akak nie... 

resepi asal dr yatie

Bahan A ~ Cheese
250 gm cream cheese
60 gm gula halus
1 biji telur
1 sudu besar air
1 sudu besar tpng gandum

Pukul cream cheese bersama dngn gula hingga sebati.
Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.
Biarkan sebentar.

Bahan B ~ Kek
2 biji telur
1 cwn gula halus
1 sk vanilla
sedikit garam
1/2 cwn air panas didih
1/2 cwn cwn susu segar/cair
1/2 cwn minyak jagung/masak
1 cwn tpng gandum*
3 sudu besar sebuk koko*
1 sudu kecil baking soda*
1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan2 perlu diayak dulu)

Pukul telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.
Setelah kembang masukkan vanilla dan garam.
Masukkan air panas, susu dan minyak.
Setelah itu masukkan tepung gandum, baking soda, baking powder dan serbuk koko yg telah diayak dan gaul sebati.
Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian. Bahagikan pada 2 bahagian.

Penyediaannya

Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana je.
Sediakan loyang berukuran 8 inc
Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dngn kertas minyak.
Tuang adunan coklat, tutup loyang dngn aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.
Setelah benar2 sejuk, boleh potong dan hidangkan.





so pada yg nak cuba.. boleh lah.... senang kan?..............




Monday 18 February 2013

kari tulang rusuk


assalamualaikum.............

hari ahad merupakan hari ChaP goh mei bagi masyarakat cina... ia merupakan hari terakhir perayaan mereka... Seperti biasa ia dimulakan dengan makan besar n upacara menghalau hantu... bermula pukul 12 malam, upacara membakar mercun dimulakan... hahhahah berdentam dentum... mcm perang pun ade... rumah aida dikelilingi oelh mercun yg warna warni.. sesekali best jgk... berapa la RM yg mereka habiskan yer..... wallahualam..................

Setiap hari ahad akan bermula rutin aida utk ke MRSM gerik coz ade 2 org anak sedara kat sana...  so kenalah masak sikit utk diorg..... kesian pulak kalau pegi dgn tangan kosong....

Banyak plak celotehnye kan..............

First aida masak KARI TULANG RUSUK

menu kesukaan hubby aida.... Senang ajer... masak mcm kari biasa tapi guna tulang rusuk.. klu boleh biar pekat sikit.... baru mengancam kan...................sedap hingga menjilat jari... tapi ia perlu dimasak lama sikit supaya dagingnye lembut............



menu seterusnya.....

SAYUR SAWI MASAK KICAP DENGAN DAGING




and.. favourite Aida plak....

SAMBAL UDANG DENGAN PETAI....



So, itu aje... menu yg simple tapi menyelerakan....................... jusat nak kongsi idea nak masak utk kawan....



Tuesday 12 February 2013

putus putus sudah.....

assalamualaikum....................

berita tergempak hari nie.....  kita gosip jap yer.... rasa mcm mami jarum pun ader... hahahaa

shahnaaz dah menoktahkan hubungan nya dengan shila amzah..... ala sian nye... boleh tgk kat blog akak ni......dapur kak jee

Sedih jgk kan.. so ND Lala x payahlah keluarkan sebarang sidang media lagi.....

semoga shila mazah tabah n kumbang bukan seekor.... semoga dia berjaya....

Monday 11 February 2013

kek karamel

KEK KARAMEL PELANGI....

asslamualaikum....
Selamat Tahun baru Cina kepada kawan2 dan jiran tetangga semua... Negara Malaysia sungguh indah dengan masyarakat yang pelbagai kaum dan pelbagai perayaan.. seronok juga melihat gelagat jiran2 yg menyambut tahun baru cina nie.....

macam biasa, rumah aida nie dikelilingi kaum cina.. malam tahun baru akan jadi malam utk kami tak tido coz riuh rendah dengan bunyi pelbagai jenis mercun.. dah macam Bom pun ade...mereka anggap ia cara untuk menghalau hantu atau roh jahat......

Seronok tgk mereka berkumpul untuk makan besar.... ade yg ajak join tapi faham2 ajer la... hheheheh

Apa yang pelik sikit.. tak ade plak kereta peronda polis lalu lalang padahal tak jauh pun dari balai polis..... kenapa yer.....

sape nak jawab yer....

Sempena cuti nie ade juga adik beradik yg ambik peluang untuk balik ke kampung.... so dapatlah Danish n Danial jumpa cousin2 diorg.....

Untuk jamu org yg dtg rumah semalam aida buatkan kek karamel.... kali nie aida gandakan karamelnye.... rasa sedap jugak n anak2 pun suka...


jom kita share resepinye...

KEK KARAMEL PELANGI


utk karamel:

2 sudu gula dimasak dalam loyang dengan api perlahan sehingga jadi gula hangus...

6 biji kuning
1 tin susu cair
140g gula castor.

cara2: 
1. kacau gula dan susu cair hingga gula hancur
2. masukkan kuning telur yg telah dikacau yer...

tapis ke dalam loyang yang ade gula hangus tadi.

utk bahagian kek:

70g gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air 
45ml minyak masak

Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.

140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
(disatukan dan diayak)

matikan mixer dan masukkan tepung sikit2 ...

ketepikan.

kemudian kita  buat merique

6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor
1 sudu teh krim of tar2

pukul putih telur hingga berbuih, masukkan gula castor dan krim of tar tar
pukul sehingga ia bertanduk maksudnya bila kita terbalikkan bekas ia tak jatuh....

Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunan tepung tadi.
Gaul rata secara kaup balik

Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.

bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan letakkan pewarna yang anda suka...

kemudian proses membelang.....

1) sudukan 3 sudu adunan purple ke dalam loyang yang ade karamel td..kemudian 3 sudu warna pink keatas warna purple, dan 3 sudu warna biru keatas warna pink dan seterusnya.... 
2) ulang proses diatas sehingga suku....
3) last sekali sudukan 1 sudu sahaja...
4) ambil lidi dan gariskan ia....


panaskan oven terlebih dahulu pada 160 degree... masukkan kek dan masak guna kaedah steam bath( guna api bawah sahaja).........

siap..... boleh makan.... hehehehh